Monday, December 29, 2008

TAHUN BARU.....1430 MASIHI.....

Assalammualaikum...selamat tahun baru....so sumenya akan berubah menjadi baru.....hijrahkan diri ke arah yang lebih baik.insyaallah.MARHA!MARHA!....SO dengan ini mulai tahun ini aku n ko akan menjadi lebih baik n kita akan bertukar kepada cahaya..tiada lagi ko atau aku yang sentiasa mengelirukan diri sendiri...ok now we a CAHAYA......semoga cahaya terus bersinar....

Thursday, December 25, 2008

KESEJUKAN DI CAMERON...

Ptg rabu selepas balik dari keje ko trus bergegas ke taman 2c untuk melihat rumah untuk disewa...rupa2nya sara low n kak diq terrer ada kat dewan tu....yeye oo je ko bagi msg kat diorg .haha..lambat sgt la ko ni..nampak nya rumah sewa tu macam kapal karam tggu masa di landa ombak maka runtuhla semua....paling tak bes toilet nye...haru biru.....erm..pas tgk kapal karam tu aku n ko trus lari ke jeti pangkor sbb brother bear aku sefamily blik ke lumut.Dari kol 10 am hingga kol 5pm lebih diorg berjalan...oklah taklah bosan tggu aku n ko balik dr keje.erm....brother bear spoil baik2 nak siap2 cepat ke bidor,seperti yang dirancangkan terpaksa la patah balik dgn nya ke lumut terlupa plak baju yang di hantar ke dobi pagi tadi.balik opis trus siap2 mum,hafiy n kak yon sdg berkemas2 aku yang da siap lari ke umah anak daro untuk mangambil kak diq terrer n sara low....p singgah kedai hphone beli topup n singgah ceria cari air buat bekalan ......sekembali ke opis brother bear sume da ready n kami truskan perjalanan dekat jam 9 pm gak....ko memang tak leh diharap kalu bawak keta malam...ada tak kawen sume anak daro yg naik kancil ceria ko ,so terpaksalah kak diq terrer yang sememangnya terrer memandu malam tu.kami tiba umah bidor wan chik dekat kol 11 malam cian wan cik sekeluarga berjaga menunggu ketibaan ytb maknanya yang tak berhormat.hehe....malam tu kami disajikan air milo n roti....
Pagi nya janji nya bangun kol 6.30 nak terus tolak tapi akhirnya dekat kol 8;30 gak kami bertolak.....bukan ke kita sampai kol 9 lebih di kuala woh..mandi manda.hehe si kenit haikal kesejukkan yang amat sangat mengigil2...erm di sana masya allah kebesaran allah bila mana di celahan batu airnya panas tapi di tengah sejuk sangat kat air terjun kuala woh tu...subhanallah...kami sempat rebus telur tau...bila da masak tu erm apalagi macam tak penah makan telur plak rasanya.hehe sedap semacam je......abis dgn kulit2 nasib baik sara low tak telan...hehe gurau je..... allhamdulillah cuaca tak panas dan tak juga hujan lebat,gerimis mengundang....pas je mandi manda trus naik atas singgah umah sara low dulu...dapat minum air org bujang sedap je...da namanya free.hehe.makan kerepok goreng...sedap gak tu.erm.....rehat sat kami teruskan perjalan semula naik ke cameron erm teruja la juga.....padahal adalah lebih 3 kali naik sana...tapi aku mmg suka kat sana romantik...n tenang je...udaranya pun segar...dapat melupakan hirok pikok di manjung...haha manjung ok lagi tu dr jb yang semakin pesat n maju......erm....seronok la juga bagi aku n ko mana taknya ada fmily sekali....cian kat kak diq terrer sakit perut mum pon sama makan apa la agak nya yang lain ok je...termasuklah aku n ko....erm nak kata sambal nasi lemak yg ko masak tu,,,sedap ok je..hehe perasan.....aku tak shoping bnyk pon juz nak jalan2 je lgpon gaji tak masuk lagi.huhu .Em....oklah havu a fun di sana......tapi bila malam nak balik tu....perjalanan sungguh mencabar dan semakin tercabar bila hari mulai gelap...erm aku yang memg rabun malam tak nampak apa...alhamdulillah kak diq yang terrer tu ada...hilang terus sakit perut dia kena drive hehe cian kat dia....tapi nak wat camna tawakal je la......sampai kat bawah kami berpisah abg n family trus menghala ke kuala batas..kedah..katanya nak bercuti di langkawi plak.....biarlah mudah2 an selamat sampai n kembali ke jb dgn selamat jua....aku,ko,kak diq n sara teruskan perjalan rupanya samapai di tesco kami sempat window shoping dapatlah cincin murah sorg satu...hehe lapo perut aku makan kfc erk! kenyang.....alhamdulillah...n aku teruskan separuh perjalanan n steering beralih pula pada kak diq terrer yang sememangnya terrer tu...hinggalah sampai ke destinasi yang kami nak tuju iaitu rumah kami.....hehe lepak giler....tapi best n puas......masing2 bersihkan diri n rehat.....sok kenalah siap2 kan diri macam biasa...keje jgn tak keje........tapi alamatnya lambatlah p keje dgr kabo mereka nak amik time sleep kat kinic..boleh la plak ye????

Tuesday, December 23, 2008

PAGI YANG GELAP KINI SUDAH TERANG AKU ADIKMU DAN ENGKAU ABANG..............

Salam....hai,hem hepy ko n aku arini mana tak nya abg ko dtg bawa mak,haikal n istrinya yan.seronok bila diorg datang menjengah kita kat sini...agaknya kalau kita takde kat sini diaorg belom tentu datang bercuti di perak kan?sume ada hikmahnya....erm malam semalam diorg datang lebih kurang dekat kol 9 pm gak,suruh tggu kat sitiawan rupanya da sampai kat petronas manjung..oklah tak la sesat..time tu ko n housemate sedang makan piza,hehe alhamdulillah rezeki anak tekak sara low belanje.......kak diq terrer belanja aku baju t-shirt muslimah...cantik...best dapat housemate yang baik ati macam diorg tu.......hem....aku bawak fmly aku tdo opis je,lagipon ada aircond selesa gak ler......malam tadi si kucing bawa brother aku pusing lumut mak n istrinya da lepak so dok melepaklah kat opis......hehe seronok nya aku bila diorg datang ,,erm bangun je pagi tadi bsiap aku bawa fmly p sarapan kat akak garang tu.......tgk muka dia tetap la macam tu cantik tapi masam macam cuka...sayang seribu kali sayang.....takpelah mudah2an satu ari nanti aku dapat takcle dia n dia akan tau tinggi langit n rendahnya bumi bila sayang bangat pada aku nanti...hehe.ada faedah ke???/erm....pastu aku p anta fmly p naik feri kat jeti mnuju ke p.pangkor...aku tak ikut pon almaklum waktu n masa tak sesuai sdg bekerja ni......tak tau la nak cite apa lagi biarlah dulu....nanti bila ada mood kita sambung lagi k....

KILAUAN YANG MEMBUTAKAN MATA

Assalammualaikum........kini ko telah membuka lembaran baru lagi dalam hidup ko.....tak tau la aku buat kali yang ke berapa????tapi asalkan ko bahagia...dari satu perkenalan ke satu perkenalan yang lain ko ceburkan diri semakin menjadi2...nak kata desprate ye jugak kot.....aku kadang2 tak fhm dgn diri ko....sedangkan aku adalah ko,tapi dalam menjaga hati kita amat berbeza kerana ko selalu menyeksa hati kita ni......ntahla...semakin hari semakin bosan bila bercerita tentang kawan,kasih n cinta.tapi itu jugak yang ko sedang cari....terkejar sana terkejar sini..salah ke? aku memulakan perkenalan dan cuba mendapatkan suatu yang menjanjikan kebahagiaan.erm......betullah percubaan yang aku lakukan memakan diri aku sendiri....akhirnya aku juga yang menanggung segala yang aku lakukan....tapi kenapa mereka menganggap aku seperti seorang perempuan yang terlalu murah sedangkan bukan maruah,atau hati serta tubuh badan yang aku korbankan,tidak pernah sama sekali ko pon tau kan? aku tetap menjaga nilai2 persahabatan berlandaskan kesopanan n tidak lupa pada agama.....knape aku belum menemui mr.right aku lagi....mungkin seseorg org itu tak tercipta untuk aku tapi aku tercipta untuk seseorg yang untuk aku....insyaallah pasti ada satu hari nanti

MENCARI SINAR BARU

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ana….
Apakah tujuan kau menulis coretan ini?oh…apakah kau ingat dengan menulis dapat kau meluahkan segalanya.fikir dan renungilah dirimu ini ana,sesungguhnya sujud dan berdoa kepada Allah subhanahu wataala itu lebih bermakna.tapi aku faham jika buat sementara ini waktu kau bertemu dan mengadu kepada NYA tidak ada lantas tulisan ini kau coretkan.Bersabarlah ana jangan putus harapan sesungguhnya waktu dan saat kebahgiaan itu akan muncul juga.Aku tahu kau rasa sunyi dan sepi sekali.Tiada lagi ibu disisi yang menberi kata2 semangat dan memperbetulkan segala kesilapan ,tiada lagi disisimu kakak yang selalu mengkritik membawa kau kepada kesedaran,tiada lagi atok disampingmu untuk memanjai kau..tiada lagi abang2 yang meriuhkan suasana…tiada lagi Lina yang sentiasa rela mendengar segala suka duka kau,tiada lagi anak-anak murid yang menceriakan hidup kau,tiada lagi kak Ros yang memberi tanggungjawab yang selalu kau sandang,tiada lagi azah yang baru menjadi sahabat baru setiamu walaupun telah lama kau dengannya sejak 23tahun yang lalu.bibit2 keakraban hilang dimakan perpisahan yang kau sendiri cari.tiada lagi mak idah yang kau sayangi dan selalu ada cerita untuk digosipkan,tiada lagi sahabat2 lain yang sentiasa muncul tatkala kau sedang merenung nasib diri sampaikan semua yang ada di fikiran tak sempat dicari jalan penyelesaian ,tak sempat di nilai,tak sempat di ratapi ,tak sempat di diamkan semua telah dapat kau lupakan serta merta dengan adanya kesibukkan bersahabat,kesibukkan bekerja,kesibukkan melayari kehidupan yang penuh suka duka ini.tiada sesiapa kini berada dekat dengan mu kecuali Allah SWT.Tapi ana sedarkah kau bahawa mereka semua menyayangi kau ,sungguhpun kau jauh dari mereka yang kau sayangi tetapi doa mereka sentiasa dikeliling mu.Oleh itu ana janganlah kau bersedih…gembirakan hati mu bahawa semakin kau jauh semakin kau dirindui dan di sayangi.Mungkin sudah tiba masanya kau bersendiri mencari sinar yang kau rasa telah pergi jauh dari kau…Ana aku faham kau pergi ke perak untuk mencari ketenangan dan kau perlukan sebuah penghijrahan.Sekarang sudah tiba masanya berhijrahlah tanpa rasa ragu2.Suasana di sini penuh dengan ketenangan ,tiada kesibukan .apakah bukan ini yang kau inginkan selama ini.aku faham kau berasa terlalu sunyi dan banyak masa kau yang terbuang begitu saja sehingga itulah otak dan fikiran kau mula memikirkan segala yang tak penah kau fikir.Apa kau ingat setelah kau datang ke sini kau akan dapat menyibukkan kegiatan kau ,mahu melupakan segala duka dengan mencari pekerjaan yang tiada rehatnya.bukankah kau sudah jemu dengan jerih perih dan penat lelah.aku faham jika kau seorang yang bukan duduk diam…kau mahu membuat kerja sehingga dapat melupakan segala keresahan.tapi di sini lain dan kau tidak menyangka segala2nya lain seperti yang kau harapkan.apa?kau fikir kau mahu berpatah balik….keje tak ada,,melangok 24 jam…tidur,makan,dan berjalan ini saja kah yang kau dapat rasakan.apakah kau ingat kau makan gaji buta lantas kau fikir kau telah menyusahkan pak pie .kau fikir dia terpaksa ambil kau bekerja sedangkan di sini tiada pekerjaan yang kau perlu kerjakan.mungkin pak pie kasihan kat kau?semakin hari semakin terseksa jiwa kau kat sini segalanya sunyi dan sepi ,segala memori lama mudah saja sampai ke fikiran kau tanpa mengira masa.Aku tahu hidup kau terasa kosong …macam tak de apa yang bermakna…betul tak?kadang2 kau fikir perlukah lagi meneruskan kehidupan kat dunia ini.tiada lagi keindahan yang mewarnai hidup kau.hitam dan pudar segalanya…Dunia pula se akan2 mentertawakan kau yang hidup bagai bangkai yang bernyawa.Ana kau sepi tidak berteman. teman lelaki kau tak ada kau boleh menjadi runsing apatah lagi bila tiada teman berbicara dan meluahkan segala yang kau rasa.waktu ini baru kau rasa betapa berharganya bila lina di sisi kau.sanggup bersusah payah kerana kau sahabatnya….tapi kau pergi tinggalkannya.saat ini kau terbayang keriuhan dan jerit pekik anak2 murid kau..tak sempat kau nak fikir tentang bosan nya hidup.kerana diri kau bermakna…ada yang ingin meminta pertolongan dari kau…setiap saat khidmat kau di perlukan kau menjadi orang penting dan diri kau bagaikan “superwoman”.tapi kini semua tinggal kenangan tiada siapa yang perlukan kau lagi.hidup kau mula berasa diri tak ada penghargaan .itulah dahulu sewaktu kau di hadapan kau mengeluh penat dan mengungkit segala kebaikkan yang kau curahkan dengan seribu perkataan yang lebih kurang sama dengan penat.kau hanya pikir semua yang memerlukan kau hanyalah pentingkan diri sendiri tapi kini kau tak ada ,mereka masih boleh hidup.Di mana letak nya segala keikhlasan kau.Ana tak guna aku mahu meleteri kau lagi.semua nya memang sudah berubah.percayalah semua ini ada hikmah disebaliknya.Lihat! sekarang kau banyak masa untuk berehat dan waktu rehat ini kau boleh luangkan dengan amal ibadat dan puasa.sekarang ni memang tak boleh tapi maksud aku lepas kau dah mandi hadas lah.Ana mereka yang selalu kau tolong jua sudah pandai berdikari dan saling tolong menolong tanpa mengharapkan kau lagi.semua ini ada baiknya .mereka dah berkeluarga dan memang sepatutnya tidak ada yang patut kau tolong kerana mereka sudah punya pasangan yang boleh melengkapi antara satu sama lain.hanya kau…..keseorangan .nah…sekarang masa untuk kau mencari kehidupan kau.buangkan segala prasangka.ikhlaskan hati,.bertekad dan berazamlah bahawa jodoh kau akan sampai tak lama lagi…Kehidupan hanya sekali kat dunia bukan karut marut macam cerita Hindustan hidup akan datang ada lagi.so carilah kebahagiaan di dunia berlandaskan agama…walaupun hanya sekejap ana.sekejap jadilah ….jika panjang umur sampai ke anak cucu tapi jika tidak kau belajarlah menjadi seorang yang redho dengan ketentuan illahi.Ana bersabar dan tabahlah menghadapi segala dugaan ini.sungguh ! sebenarnya kau disayangi oleh AllaH kerana itulah dia datangkan segala cubaan ini.Allah rindukan kau ana…dia mahu kau selalu jumpa dia dan sujud serta mengadu pada Nya.Hanya Allah yang mampu melaksanakan apa yang kau mahu.berharap dan bermohonlah padanya.Ana aku perlukan makanan dan minuman untuk membantu kau oleh itu jangan lupa selalulah mencari aku dan berilah aku makanan yang paling lazat dan sedap….tolonglah diri kau serupa juga kau membantu diri ku.kita saling memerlukan antara satu sama lain.sebenarnya kau tidak berseorangan melalui segala dugaan ini.aku sentiasa di samping kau walau kau merana aku turut terasa,jika kau gembira aku turut bahagia.kita saling tidak boleh dipisahkan sesungguh nya bila jasad dan roh dipisahkan tiada lagi kau yang bernama Nur Suhana Binti Bahrom…aku tidak mahu mengikut kau ke alam yang tidak aku harapkan.oleh itu jangan kau mencelakakan diri sendiri kerana aku turut menjadi mangsanya.buangkan segala kebencian,kemarahan,dan segala kejahatan dalam diri kau.Ikhlaskan hati kau.. aku turut merasa kebahagiaan dalam keredhoan serta aman damai sebagai seorang hamba Allah dan umat kepada nabi Muhammad saw. K! tabah ,berusaha,ikhlas semua ini aku harap sentiasa ada pada kau ops! Jangan lupa bertawakal kepada Allah setiap masa dan ketika.k maassalamah.

Yang setia,
Aku

Assalammualaikum ana…
Hem apa kah perasaan kau kini?nampak gembira je..aku pun rasa macam tenang bila kau tak meragamkan aku lagi.k apa yang boleh aku Bantu? Penting sangat kah.oh…sakadar mengisi waktu yang terluang ..ingatkan ada masalah tadi…Aku tahu ini mungkin sebab ko dah bersih dan suci setelah mandi hadas,jiwa kau tak kosong bila kau selalu dapat beribadat hah! macam tulah kalau nak jadi aku.berzikir,mengaji,tak payah pikir perkara yang boleh merunsingkan kepala otak kau,tapi bertawakal tanpa usaha tak berguna juga,Kau dah berjaya menyakinkan diri kau bahwa kau boleh hidup sorang.?Ini mesti sebab kau kena tinggal sorang kat umah sebab erin pergi melaka dengan family dia kan.jangan berfikiran macam tu ana…. salah tu….kau memang boleh idup sorang tapi sampai bila?,takkan sampai tua.memanglah….itu kalau kau kata kau mati tak sempat tua tapi jika tak? Em kau kalau ada pekerjaan dan sihat tubuh badan kau bolehlah belagak idup sendiri tapi kalau di takdirkan kau seorang yang fasif lemah dan tak berdaya ,kau nak menyusahkan anak2 sedara.nak harapkan mereka.eh! lihatlah kau kini nak idup sendiri masih terkial2 inikan nak membantu orang lain,apatah lagi idup dalam kewangan kau selalu mak kau yang tolong.kau tak payah pikir anak sedara kau sanggup ke tak jaga kau…kau tengok diri kau sendiri, kau dah tau,Em Ana kan tadi baru aku ingatkan kau bahawa tawakal je tanpa usaha kau akan rugi dan merana juga.kau kena usaha sungguh2 untuk mencari jodoh kau dengan berkenalan,senyum,ramah yang bertempat jangan pulak macam orang buang tebiat gatal tak bertempat,em sambil tu kau bertawakal ,andai kata tak berjaya barulah kau redho tapi setelah berusaha mencapai matlamat kau tu lah jangan pula kecewa bila apa yang kau inginkan dari seorang lelaki itu kau tak dapat,kerana yang sebenar-benarnya allah jua yang mengetahui,walaupun pada kau dia adalah seorang laki yang terbaik untuk kau tapi ia bukan terbaik yang dinilai oleh allah jadi dengan izin allah akan datang pula jodoh yang paling terbaik untuk kau nanti jangan cepat putus asa.Sedarlah ana …kau masih belum terlambat….memang lah tak lama lagi birthday kau da dekat….usia makin laju beralih angka…apa kata kau kena hadiahkan sesuatu untuk diri kau sempena hari lahir kau ni.tak payah nak harapkan orang lain.aku boleh join masa hari yang bersejarah tu. Kau berikan segala kebahgiaan pada diri kau,segala penghormatan dan belailah diri kau .Hiasi diri dengan kecantikan dalaman dan luaran.senyum dan bersangka baik sahaja pada hari bersejarah itu dan mungkin boleh dibawa pada hari hari yang berikutnya.aku percaya kau boleh!!!

Yang setia
Aku
9hbdis07

Assalammualaikum..
Hah jangan tak jawab plak salam aku ni…aku adalah sahabat kau yang paling setia dan sentiasa tidak lupa mendoakan kesejahteraan kau dengan memberi salam ni lah.Apa?!kau tak sabar rasanya nak jumpa atok kau dan azah datang?sabarlah cikit gunung yang di kejar takkan lari.apa kau nak heran sangat telefon kan ada .bila-bila masa kau boleh telefon orang-orang yang kau rindu.em bugjet tak cukup plak…em nak buat macam mana da nasib kau bergaji kecil.dulu waktu kau gaji besar kau tak fikir sanggup ke tak ?nak keje lain ni.tapi masya allah duit tidak ternilai dengan waktu yang kau ada sekarang ini banyak masa yang terluang.sebenarnya kau boleh buat macam-macam yang kau suka cari inisatif yang baik yang boleh mendatangkan keuntungan dan kebaikkan untuk diri kau ,so jangan nak merungut .Bukan aku nak bebelkan kau …cuba kau tengok orang lain memanglah tak payah nak susah payah keje tapi gaji diaorang besar tak macam kau kena bertungkus lumus baru dapat imbuhan yang setara dengan orang yang berpelajaran tinggi.tulah belajar tak penah nak sungguh 2 sampai berjaya.tapi apapun kau tak boleh menyesal sebab memang ini takdir kau dan ada gak kebaikkan dari semua yang allah beri kat kau.lihat walaupun kau kerja bertungkus lumus kau mendapat kepuasan dari setiap kerja yang kau lakukan kan?betul tak? Heh!aku Tanya kau ni.apa kau buat muka seposen ni.hah! lagi satu kau kena ingat allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubah nasibnya sendiri.faham tak?aku tahu kau faham kalau bab2 macam ni.Aku doakan atok kau ,pak pie,mak mel,azah,manja,apiz n liyana selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju lebih2 lagi cepat sampai ke umah eren.so sampai sini je dulu k.kalau ada mood aku akan menggerakkan naluri kau untuk membaca tulisan aku yang kau sendiri coretkan.daaaa

Yang setia
Aku
10dis07

Assalammualaikum
Pagi tadi pukul 3 lebih atok kau sampai dengan yang lain tu kan?aku tau…masakan aku tak tau sebab aku adalah diri kau sendiri.sampai hati ye dalam hati kau sudah mula malas mengadu pada aku ….tapi nasib baik aku berjaya pujuk kau untuk datang kepada aku..bila nak mandi hadas ni? ,aku dah lapar sangat aku berasa sangat lemah,dan segala yang sihat dan baik dalam diri aku semakin berkurangan aku tidak mahu menjadi roh yang tidak mempunyai hati dan perasaan yang tidak sama dengan kau .sebab kau adalah jasadku!!!!tolonglah bersihkan diri kau dan sucikan hati kau.Aku dapat rasakan bila mana hati kita berbisik seperti merungut dengan ketidak puasan yang datang .aku tak mahu memihak pada kau ..ala…lagipun benda ni perkara kecil jer.kalau kau tak cuba untuk membersihkan segala perasaan yang tidak enak dalam diri kau hanya kerana sewaktu kau sedang masak dan dalam keghairahan hendak makan makanan yang di masak oleh atok ,eren sibuk nak membuang sampah.walhal orang yang angkat sampah dah nak pergi.em kalau pasal ni kau nak berkecil hati kau memang bodoh!!!aku tahu kau amat menghargai dan berterima kasih dengan eren kerana banyak jasanya pada kau,kau tak mahu terhutang budi?padahal kau memang dah termakan budi.tapi aku percaya eren adalah seorang yang baik begitu juga dengan suaminya farid.jadi kau kena sabar dalam menghadapi kerenah eren .setiap orang mempunyai kelemahan begitu juga dengan eren.kau pun sama.2 kali 5 sepuluh.ha2x.eh! kau tak payah nak cerita kelemahan die..aku tak mahu mengumpat berdosa,prasangka yang tak elok pun berdosa tau.dari kau asyik memikirkan kelemahan nya baik kau selalu ingat pada keistimewaannya ,jangan lupa.aku pun sayang eren dan family dia macam kau sayang mereka tu……don’t wory segala kekalutan dan segala salah faham boleh diselesaikan dengan baik dan aman.Cuma kena pada tempat dan masanya sahaja…..Em…kau nak balik kampong kan?tak tau nak berusaha sendiri ker?janganlah asyik mengharapkan orang.aku kenal kau bukan seorang yang suka berpayung di bahu orang kecuali mak kau je kan.kau kan da biasa berdikari perlu apa kau takut untuk naik bas seorang diri untuk sampai ke johor bahru tu..alah tak payah tunggu mereka .sukati diaorang lah nak balik ke tak?kau tak payah nak risau .apa? risau tiket da abis?hah!tunggu apa lagi belilah tiket cepat…..Sekarang duit kau Cuma ada dalam rm150.rm50 kau bayar hutang kau kat makmel.lima puluh lagi beli tiket.hah ada lima puluh lagi untuk tiket balik.fuh giler!!abis untuk duit kau nak pergi balik keje ,duit minyak mana nak cekau?tak pe kau kan dah biasa susah payah cari duit.nanti kau sampai kat jb kau carilah keje part time dengan kak ros atau ms leong memanglah bengang tapi aku percaya mereka masih perlukan khidmat kau.kalau tak di layan.em buat dek je lah..apa nak susah.abis duit nak cari kat mane lagi?oh…kan ada wang amanah yang bakal kau dapat sebab masa keje kawin kakak kau sewa dewan. hah ada tu…tak payah lah dirunsingkan sangat allah kan ada. yang penting percaya,redho,dan tawakal kepada NYA..Aku doakan juga kau semoga dapat undi bulan feb ni.almaklumlah kau nak guna duit untuk bayar roadtax kan.Em pinjam dengan pak pie,janganlah sekali2 kau kan da biasa dengan kesusahan ini,dalam hidup seorang diri janganlah sampai membabitkan orang lain,tapi selalu mak kau lah jadi mangsa.ya allah panjangkan umur mak kau dan aku supaya dapat merasai kejayaan aku dan kau suatu hari nanti.amin…..

K lah penat kan

Yang setia
Aku 12dis07

Assalammualaikum
Hai…amboi2 da lama benar kau tak ngadu kat aku.ingatkan da lupa terus….hem apa citer kau yang dah lama beku kat diri kau tu…citer yang baru dan lama jangan lupa.actually aku tau sekarang kau ada rasa berbunga cikit.Almaklum hari lahir kau kan baru lepas.Em kau belikan hadiah kasut sukan dan baju t shirt untuk diri kau kan?walaupun murah tapi aku tau ianya amat berharga pada kau.supaya kau dapat menjaga kesihatan diri kau yang semakin banyak diliputi salji hi2x ayat paling sedap didengar lah tu padahal lemak lah…..tak pe belum terlambat tapi jangan beli je tapi tak digunakan wat membazir je.oh ya tak sangka kat plaza billion tu bagi kau kek kan….alhamdulillah .berkat doa tak putus2 kepada Allah .lihat! rezeki dan kegembiraan datang tak disangka2.em aku tau citer lagi satu pasal budak satu tempat keje kau tu ala….aku pun tak sangka dia ingat birthday kau ,tu lah nak mainkan orang lagi kan diri sendiri yang terbongek,ha2x.macamana kau pergi makan dengan dia aku dapat rasakan kau tak ada feel kat dia sekadar seronok dan terharu bila dia ingat hari lahir kau.tapi dia pun baik orangnya walaupun usianya di tangga emas.alah orang laki mana makan dek tua lainlah macam kau dan aku umur baru 28 tahun dah macam mak orang.walaupun kau dan aku lahir pada hujung tahun tapi orang hanya akan tau kau tetap berumur 29 tahun sekarang ni.dah semakin tua dah kita ni kan..kau mesti bertekad ana kau kena kawin tahun ni jugak.aku dah bosan jugak.em tak lah aku tak akan bosan aku kan ada sentiasa teman kau .aku kena kuat semangat maka kau pun akan turut merasai kekuatan fizikal dan mental walaupun tatkala itu kau berasa sangat sukar dan berperasaan seperti burung yang tidak tahu arah terbangnya.ke kiri atau kekanan ke depan atau terus maju ke hadapan jangan sesekali kau pandang belakang lagi ok!.So macamana kau masih still ada ramai kawan laki tak?em not bad si faroz ada,haidir,hadi,zul, yan tapi si yan ni dah lama menyepi,merajuk agaknya dia kan……em kawan baru ?aku tau kau nak kawan dengan abg zali tapi takut tak di layan je,malu apa kau ni bukannya kau nak lebih2 just a friend.em aku pun rasa macam kau rasa jugak dia tu umur da matang tak sama dengan kawan2 laki kau yang lain.em rasa hormat tiba-tiba ada kerana umurnya berbeza 9 tahun dari kau.em…tak pe cuba dulu kawan2 k…..dont give up.al kisahnya si bong macamana plak?kau takut ke dengan dia…ala wat lah macam kawan biasa gak…tapi dia tu memang over lah seperti yang di kata oleh si farid dan eren bong nampak gelojoh dan over sapa pun akan jadi takut bila perangai dia macam tu…eii! Takut aku laki macam tu.em aku tak nafikan bong tu mungkin baik orangnya, solat pun dia jaga,romantik gak dan.memanglah laki macam tu yang aku dambakan tapi tu lah semoga Allah mempertemukan dia dengan seorang puan yang baik dari aku dan sepadan dengannya .aku dapat rasakan memang dia bukan untuk kau.kau kan penah kata tak sesuai dengan laki yang over dalam erti kata baik cikit ialah begoo..gila2 lah.Adakah kau memilih?memanglah dah tentu dalam Negara pun ada system demokrasi inikan pula bab memilih pasangan hidup tentulah kau perlu mencari seorang laki yang baik,yang taat pada agama,yang ekonomi nya kukuh yang sayang kat kau ,dapat menerima segala kekurangan pada perangai dan diri kau,hormat pada mak kau dan adik beradik kau ,dapat terima hakikat bahawa kau ada ayah yang mempunyai kisah silam yang menakjubkan.bukan lagi kisah yang memalukan kau kena ubah persepsi kau dan bangga kerana mempunyai ayah yang berjaya kawin 4,em baru lah kau rasa confident,em orang banyak kata biar orang laki yang sayang kita ,dan kita sebagai makluk allah yang diciptakan sebagai kaum hawa hanya perlu taat pada suami,puan tak perlu rasa cinta yang mendalam kerana sesudah kawin tanggungjawab dan ketaatan nya hanyalah pada suami.walhal pada sebelumnya tidak pernah ada rasa cinta walau seputik pun tapi betul lah juga ada pepatah mengatakan hati wanita keras seperti kerak nasi bila di rendam dengan air dan di biarkan sekejap maka lembutlah kerak itu maka di basuh bersih dari segala kerak yang melekat.kembalilah hati itu seperti sediakala dapat menerima sekadarnya….hati kau seperti itu juga ..em kau tu cakap je lepas ni sapa2 yang masuk minang kau nak terima tapi aku tak setuju kau kena lah cari yang baik dan sesuai dengan kau jangan main cekup je.Em berusahalah ana jangan dok diam jer.Kau pun tau ramai andartu sekarang kau nak ke jadi salah sorang dari mereka iksh! Tolonglah aku nak merasai nikmat berumahtangga….janganlah kau babitkan aku sekali,kau tak boleh bersikap kejam pada aku.jangan nak pentingkan diri kau je ye.apa akan jadi pada naluri,aku yang akan merasai segalanya……aku kenal kau seorang yang perlukan teman hidup tapi kau malu nak menonjol,fuh!!kalau bab kerja boleh plak ,over confident plak.aiseywoman berubah k!!.k lah penat cerita pasal hati dan perasaan ni .apa kata kita citer pasal lain plak.about what ?tentang hidup,tentang nasib,takdir ,kebahgiaan ,kesusahan .hem semuanya berkaitan dengan perasaan gak,kau kan benda hidup mestilah berperasaan lainlah macam benda2 mati.macam kerusi dan meja.so kau memang tak leh lari dari membabitkan perasaan suka ke?sedih ke? Kau kena hadapi kenyataan….tapi setiap semua yang berlaku adalah di rancang oleh yang maha esa so jangan pernah takut kerana pasti ada jalan penyelesaiannya.k lah sampai sini dulu dah mengantuk lah tu….lepas makan nak tdo plak hah! Jadi ular sawa baru kau tau hii2x take care ana,…don’t forget me k.bye

Yang setia
Aku
7jan 08


Assalammualaikum…
Hai ana ku sayang…
Kau memang patut bersyukur kerana allah itu maha penyayang lagi maha pengasihani.walaupun kau tak ada duit sekarang ni tapi masih cukup makan lagi tak lah mati kebuluran kan?alhamdulillah….terima kasih tuhan.em doakan lah epol berjaya dan dilimpahkan rezekinya supaya dapatlah dia membayar semula hutang rm 200 kau tu.Dengan tak dirancang juga allah telah datangkan pula pak pie so makan tu pak pie tak pernah berkira ..tak lokek belanja.syukur ya allah kerana aku mempunyai bapa saudara yang baik.Bahkan baiknya seperti seorang ayah bagi aku.padahal dengan ayah sendiri tak pernah aku rasakan seperti ini.bukan kerana pak pie ada duit ayahku tidak ,tapi mungkin sejak kecil aku dah biasa dengan pak pie malah pak pie melayan aku seperti anak nya sendiri .em.. susah nak jumpa orang macam pak pie tu….baik dan tak pernah menyakitkan hati.malah asyik nak menjaga hati semua orang sampaikan dirinya di pergunakan ,kasihan kan? Tapi allah kan menjanjikan yang terbaik kepada orang yang nawaitu nya kerana allah dan akan dibalas dengan kebaikan yang lebih berganda .insyaallah. ya allah limpahkan lah rezeki yang halal serta kesihatan yang berpanjangan kepada pak pie dan keluarganya. Jauhkan mereka dari fitnah dunia.lindungilah dan berilah kebahgiaan pada mereka.amin…Sejak dah keje dengan pak pie ni apasal kau rasa segan plak ?bukan orang lain pun kata tadi dah kenal sejak kecil.apa daaa.aku faham itu bukan segan sebarangan tapi kau hormatkan dia seperti majikan kau yang di datangkan oleh allah untuk menyampaikan rezeki yang halal untuk kau.kira dia hanyalah perantaraan darisegi rezeki kau selain malaikat mikail lah.dah aku tak nak bebel banyak2 tentang ilmu tasauf ni.bukan pandai sangat iksh! Selesih nauzubillah kalau terpesong kau dengan aku sekali dapat bonus yang tak elok.Sekarang kau keje sungguh-sungguh jangan nak memperlekehkan pekerjaan kau sekarang ni walaupun ini syarikat pak cik kau.faham!!!keje jangan nak bertangguh,jaga tatasusila,jaga hubungan yang baik sesame pekerja termasuk lah eren dan farid.jaga hati eren.bukan bodik tapi yelah farid tu suami eren so jangan bergurau melebih2 takut salahfaham pulak akan timbul antara kau berdua.si eren plak tengah sarat mengandung emosi tak terurus…tulah sebabnya kau kena jaga hubungan baik kau dengan allah s.w.t barulah insyaallah hubungan baik sesame manusia juga akan ok!
Hah!apa citer?kau hantar msg kat abg zali pastu dia tak balas,kau rasa macam dia tak nak kawan kau kan?hem betul gak eren kata kau ni cepat sangat melatah.rupa2nya dia demam.cian dia kau dah tersalah sangka.Em semalam kau hantar kat dia semoga cepat sembuh.hah! macam tulah don’t give up…akhirnya dia balas jugak walaupun dia tengah sakit tu.kira oklah tu.tu baru satu kawan kau kena cari lagi sekurang2nya 10 orang bukan laki je puan pun cari gak.untuk hilangkan tension dan bertukar fikiran n menimba pengalaman yang baik dan tak baik.boleh di jadikan panduan dan iktibar dalam hidup kau ni.
K sampai sini dulu nanti kita sembang lagi tau.

Yang setia
Aku
8hbjan 08

Assalammualaikum..
Hai sambung lagi? Tak tunggu esok ke?nape plak kau ni semacam je muka macam pecah rumah.em dalah mungkin bukan kerana tak percaya kat ko Cuma takut menyusahkan kau kot.think positif lah.em pasal pak pie suruh kau masuk meting tapi farid nak pergi sendiri kau tak payah ikut biarlah………..apa nak sedih memang lah kau tak dapat pengalaman kalau tak ikut tapi mungkin farid malu kot hari meting tu dia kena mare ke kat dalam hah!orang laki kan ada egonya.lah apsal plak kau tak pergi bank kau nak mengajuk.em biarlah eren pergi kau dok pejabat janganlah ingat diri kau kau terperap dok menjaga office je dah tu jaga eisya pula hah! Ingat jangan tak ikhlas wat keje.aku faham kau rasa macam tak berguna bila asyik kena dok pejabat jaga eisya tgh tidur tu si eren plak tengah sarat mengandung ,baju butang dah tercabut,kereta pun pinjam keta kau tapi nak pergi bank juga,dari hati kau rasa kasihan dekat dia kau rasa macam dia kuat berjalan tak tau nak duduk pejabat.agaknya pebawaan orang mengandung kot.sabarlah.em dahlah kau ni tak pandai merayap sorang2 sekurang-kurangnya bila kau dapat masuk kapal,pergi bank,pergi buat urusan kerja jadi terdedahlah dengan orang ramai ,tak lah macam katak bawah tempurung.tapi nak buat macam mana,sabarlah.kalau kau berdegil juga karang orang meluat macam nak tunjuk pandai pula.em susah juga situasi kau ni.almaklumlah kau tak boleh banyak cakap…apa yang kau cakap tak disetujui tapi bila dah terjadi sesuatu baru nak buat,selalunya dari keje siap cepat akhirnya disiapkan dengan cara kau tapi sayangnya dah terlambat.siap tapi tak cepat .kau nak nama ke?tak perlukan..bukan kerana kau yang bagus buat kerja tapi kau akan puas kerana kerja yang kau buat telah dapat diselesaikan dengan cepat dan betul.lagipun banyak was2 adalah kerana gangguan syaitan.terlalu banyak andaian.apa agaknya yang difikirkan.mungkin eren bukan jenis yang terburu2 tapi kalau nak terlalu perfect pun sudahnya macam tu juga tapi dalam masa terlewat jadinya.kadang aku terasa juga dengan cara eren tu mana tak nya dari kerja senang tapi nak tunggu farid dan pak pie juga,aku macam tak dipandang nya.akhir sekali kalau farid kata kena bawa aku untuk dengar dari jasa tax baru lah dia tepon ajak.tu pun dia suruh aku dok umah jaga eisya tengah tido padahal masa tu mona ada.em nak cari apa2 frame,atau diari tapi tunggu2 sehabisnya bila pak pie cakap benda macam tu kan senang cari dengan ana je .baru dia cakap kat kau,ntahlah mungkin dia dah biasa buat keja bertiga tanpa kau sebelum ini.em..kalau kau nak kena tepon orang mesti di ajarnya bercakap dulu,takut tersalah cakap…pastu taknak telepon sendiri .em kau kalau bab2 keje tak payahlah berkira.kau tau bukan berkira apa orang kat luar tu berkira dapat kerja banyak asyik nak curi tulang so kau relax lah walaupun kau tak selesa dan rasa bersalah bila tak de kerja.tapi inilah lumrah kehidupan.memanglah pak pie pesan kat kau.kalau kau rasa macam tak puas atau nak selidik sesuatu benda berkaitan syarikat macam contohnya pergi jasa tax bila ada lapang Tanya rm 2000 tu bayaran untuk apa .pergi ana boleh.jangan takut2..tapi bukan nya kau takut Cuma tak mahu memandai je..kerja kau ni makan gaji,tapi tulah kadang2 perasaan jahat kau banyak menguasai emosi kau.dahlah istighfar banyak2.Em kau tak makan ke?duit takde yek…takpelah tadi pagi kau dah makan mee hun goring tu,ada orang lagi susah dari kau,susah kau ni alamak Cuma sikit je jika nak bandingkan dengan orang lain.takpe nanti lepas epol bayar duit kau ,pergilah isi minyak keta jalan2 sendiri.hah!kata nak daftar kelas mengaji .pergilah…..Sebenarnya kau tak boleh salahkan orang lain.kau sendiri yang salah,tak mahu pergi jalan2 kata je nak pergi jogging tak pergi jugak.hangat2 tahi ayam je lah kau ni.blahlah malas nak layan otak kau yang serabut tu.dah!dah! banyak2 istighfar.bye

Hai assalammualaikum…
Hem apa cerita lagi ni,aku kalau cerita yang asyik mengumpat je malaslah aku nak taip.Em Awal muharram dah lepas,sekarang da tahun 1429 masihi.kau memanglah da semakin tua kan.Em rezeki kau dapat makan.tak habis dengan makan dari kau kerja kat tadika dengan kak ros sampai la ni dapat makan sedap2 je.alhamdulillah rezeki kau ada,inilAH kelebihan membaca ayat seribu dinar,amalkan lah selalu ye.Em bagus akhirnya kau da pergi tengok kelas mengaji tu.tapi mahal juga di sini,mengaji pendaftaran rm 40.80 dapat buku,yuran bulanan rm 20.itu belum masuk kelas akidah bahasa arab dan tauhid,takpelah tak payah kau pergi semua…pi kelas mengaji pun da cukup.hem..joging pun kau da buat,baguslah sekarang banyak benda dan perkara yang berfaedah kau boleh buat,hidup semakin bermakna kan?Em bab cari jodoh insyaallah ada Cuma lambat atau cepat adalah urusan Allah,Ingat ye.Em bab Abg zali pula macamana?apa?! kau terlepas Tanya dia dah berpunya ataupun belum?apalah kau ni potong steam je.kan dia dah tak balas msg kau.dah tu kau taknak bagi dia msg lagi plak tu .yang kau pergi bagitau dia macam tu wat pe?ei…kan dan potong cara nak kawan dengan lebih rapat lagi.tak pelah benda dah jadi nak wat macamna.bak kata orang tua2 kalau ada jodoh tak ke mana.eh! ke situ pula kau ni.Em kan memang dah ni azam tahun baru kau.mahu cari jodoh.itu la pasal kau ikut macam HM Tuah cakap.mencari cinta ini seperti memancing ikan.untung nasib dapat kalau tak tak de rezeki lah.yang penting jangan putus asa!!!.Tapi kau agak2 abang zali tu nak ke layan blues kau ni.?ntahlah aku pun tak jamin 100% hanya 40% je.banyak jugak ni Jhah! Berangan lah tu.Tapi dia asyik balik kampong je kan.nak je aku suruh kau Tanya abg zali tu dia tak nak kawin ke?kalau nak n suka kat aku masuk je minang.aku da penat nak bercinta.baik kawin je terus baru bercinta.lagi best.ceewah mana lah aku tau best ke tak?tak de pengalaman lagi.k lah sok jumpa lagi

Yang setia
Ana
9hb jan08

Assalammualaikum …

Pagi dah sampai ye….keje tak de.dan hari hari kau bz dengan main game je.kena game hammer em tak leh bergerak lah kau mengadap computer macam bz je.poyo!!!Eren pula dok gila main game mahjung almaklum dah dok tinggal kat seri manjung.haha2x.cian eren badan asyik tak sihat je.eisya pula banyak ragam nak curi perhatian ibunya.Akhirnya eren ajak kau pergi kuala kangsar dengan nya.boleh pula tak payah ajak si farid.tapi aku piker bahaya juga kalau aku bawa dia dan eisya ,perjalanan jauh dan makan masa yang lama.takut kot2x erin nak terberanak.kan naya!!! Aku ni kalau tau jalan pergi kesana dah lama aku pergi sendiri tak payah mengharapkan orang.Em malam tadi aku pergi ikuti kelas tauhid.mendengar cerita tentang alam kubur.walaupun aku takut mana tau ajaran sesat ke?alhamdulillah ok! Tapi di sini aku tak boleh campur sangat coz masing 2 mempunyai pendapat yang berlainan.tak sama.sama ada sokong kerajaan atau tak ,ini dah termasuk dalam bab politik.aku tak mahu campur.Di kuliah malam tu aku belajar untuk menunggu ketibaan malaikat untuk mengambil nyawa ku sendiri.sentiasa bersedia untuk ke alam lain,buatlah sesuatu dengan mengingatinya ntah esok lusa kau akan pergi ke akhirat yang bebas,sesungguhnya dunia ini bagaikan penjara,Mengapa bila kita ingin mendekati allah kita akan fikir semua kerja kita tak akan berjaya,dan terhalang serta tak jadi,sedangkan allah jualah yang menjadikan segala dan melaksanakan segala yang kita hajati.Di dunia ini hanyalah keseronokkan yang singkat ,hanya tipu belaka kerana ia tidak kekal,oleh yang demikian bersyukurlah ana kerana di beri taufik hidayah dari Allah supaya berhijrah kearah yang lebih baik.Em masuk pula citer pasal abang zali..Kau pun dah tak msg dengan dia lagi kan?tapi bila kau telefon minta tolong sesapa hantarkan diagram kd inderasakti,dia pula yang datang office untuk hanta diagram tu,hah!terperanjat beruk kau!Abg zali selamba je,macam tak de apa yang berlaku antara aku dengan dia,tapi dia cool serta pandai beralih topic ke arah yang bagus,nampak pula dia gambar kau dengan eisya di Cameron.pada mulanya kau memang degil tak mahu pun tegur dia,tapi akhirnya kau berjaya buat biasa2 walaupun erin nampak perubahan pada diri kau tu,Em abang zali sempat melihat kau tu,….matanya kau rasa macam menyucuk sampai dalam mata kau,belumlah cucuk sampai dalam hati lagi kanJNtahlah dari pandangan matanya macam suka kat kau,tapi tak boleh di jangka jugak kot2 dia nak kau tahu dia anggap kau macam yang lain2 juga.EmLepas tu dia senyap macam tu je.Akupun dah mengantuk dan aku tau kau pun nak tidur kan.k lah good nite…

Yang setia
Aku
11jan08

Assalammualaikum
Hai ana
Baru malam tadi kau rasa gembira ni nape pulak menangis ni….kau rasa seperti kau jahat sngat ke?aku tau bukan kau berkira sangat nak ambik eren tapi kau rasa macam kau menyibuk sebab eren nak pergi ambik kunci dengan farid tetiba farid suruh pergi dengan kau.kau rasa kau menyibuk.kau tak mungkin jadi seperti jelatang dalam fmly mereka.inilah dugaan kalau menumpang di rumah eren .sebenarnya kau kena dok tempat lain tak boleh campur eren hal kau dengan dia hal kerja je. tapi aku tau hal keje pun dah tercampur hal peribadi.senang kau kawin je lah tak lah tumpang sape2 lagipun ada orang jaga kau.Hem kan kejap je salahfaham dengan eren tu.sekarang da ok kan.tapi walau ok dalam hati kau ada rasa sedikit terkilan dengan apa yang berlaku.dah sabarlah.dengan terjadi nya perkara seperti ini cuba kau rujuk pada sikap kau sendiri.semua ini tak lain adalah kifarah bagi perbuatan yang kau lakukan sendiri samaada antara kau dengan manusia atau pun dengan yang pencipta.Hari demi hari kian berlalu….kau sepatutnya semakin lali dengan perkara yang remeh temeh berlaku antara kau dengan eren.so jangan mudah melatah ye…jangan sesekali menyalahkan eren dan jangan pula meletakkan semua kesalahan pada diri kau seorang kasihan kita.keyakinan akan berkurangan.Tadi…sewaktu hati kau terusik dengan keadaan yang berlaku syaitan cepat benar membisikkan kata2 azimat kat kau,apa kau terpedaya ke?em jangan harap selagi aku bersama kau takkan berlaku sesuatu yang akan mengecewakan semua pihak.kau bagus! Bertindak cool,walaupun tadi sebenarnya da melalak separuh mati.takpe lah lagipun dah lama benar airmata kau tak keluar kan?lepasni buat seperti biasa jangan buat eren rasa bersalah pulak,kau ceriakanlah suasana.
Oh ye berbalik semula perkara yang pertama tadi ,apa malam tadi rasa hepy?awat?Em kadang 2 cepat putus asa tapi bila aku push kau untuk jangan mengalah kau cuba akhirnya dapat jua balasan message dari abg zali.kau ni kejap panggil abang kejap panggil abg zali,yang mana satu ni.Em abang zali pun bahasakan diri dia abang zali.tapi panjang sangat nak wat msg tu yang kadang tertaip abg je,takpelah dia kan tua dari kau 9 tahun tu bezanya.Hah ni msg dari kau dan di balas oleh abg zali ,nak tulislah sikit:-Saat gembira pujilah Allah sangat kesukaran carilah Allah,Saat kesunyian sembahlah allah,sangat kesakitan yakinlah pada allah,saat demi saat ,tima kasih ya allah.Ingatlah Allah selalu…Abg zali mesti ada kat kampong ni kan.Maaf ye…Take care..>Pandai pun teka.baru nak makan nasi,kol 10 baru balik manjung.bukan apa a.zali ni memang jenis malas nak bls2 message. jgn mare eeh. oh ya kambing kimsalam banyak2.hahaa.nanti lah sambungLCENP1:8=A

Yang setia
Aku
14jan08

Assalammualaikum…hem cepat sambung semula dan teruskan dengan message malam tadi tau >Em agaknya kambing abang tu lepas kena tanduk tu trus pandai nak kimsalam kat ana ye.em orang kimsalam kat mak dia p kimsalam kat kambing pula,A.zali ana sebenarnya nak minta maaf,pasal semalam..a.zali tau tak?,masa abg datang kat opis tu kan ana kecik ati sangat dengan a.zali sbb x bls msg ana..masa tu mcm da x bole nak tgk muka a.zali da.takut..sbb igtkan abg mare sbb soalan ana yg lepas tu.tp x mare kan?balasla..lastmessage k pls..>J klu trasa @ kecik ati a.zali m.maaf bnyk2.>la..ana minta maaf kat a.zali,abg pula minta maaf kat ana..senang kira 0-0 je la.em k la drive hati2 tau.tq.byeJpssst..g.nite.ini semalam punya kan.malam tadi pula….
>Salam a.zali da tido ke?>kat econ save beli brg dengan agh>nape tak ajak ana sekali> Jheh 3…>xpe ketawakan org cian ana jln sorg2 je tauLaritu cuti muharram pun ana p lumut n teluk batik sorg2.xde mber kat cni.em nak wat camna,da nasib idup org merantau…ceewah!mcm p luar Negara pulakJhihii .em lom blik lg ke?kan econ save ttp kol 10 kan.>2 bru glk,klu ana tgk kitaorg sekarang ni tgh glk guling2.len x gi r jln jauh2 c.kit.bru tak boring.ajak sekali CEO kecik.>iksh! Korg guling kat econ save ke?mesti masuk metro esok:-b wat malu estech marine je hihii.em ceo kecik ada fmly sndri mls nk ganggu privacy org berkluarga.lainla a.zali solo lg,bole ngurat…hahaa tul x agh?>alamak!abg zali .ana gurau je.jgnla amik ati,matilah ana xde ati lg nanti Jx mare kan?>x bls pun…ni mesti mare kat ana…a.zali da tido ke?>eh…x mare,tp ati tgh meluap2 ni heh2..gurau je la..k la nk drive ni.agh ni bnyk songeh plak.nk ajak gi lumut.>k..angah tu saje nk jeleskan org ni tau.xpe nanti cuti ana pi jln jauh2..tp kalau sesat ana col a.zali @ agh.standby je tau.hihii.gurau je.k slmt mlm n take care tau.agh tu kalu bnyk songeh lagi cmpk je kat lautJ kimslm agh tau..Em inilah citer msg yang telah di hntr dan di terima.tapi kebanyakkan nya kau lah yang hantar dulu.tu pun a.zali mcm nak tak nak je bls.eii…malu?wat pe nak malu.skrg ni da tak boleh guna da istilah perigi cari timba.berdoa je tanpa berusaha tak ada gunanya juga.takkan dpt apa2.doa+berusaha+tawakal=kejayaan!!! Bole tak kau lepas anta msg tapi pastu kalau jumpa a.zali n agh wat biasa je mcm takde anta msg.tapi jangan lah wat sombong2.em bukan ceria n hepy dpt kwn dengan mereka.k try ur best.good luck sekurang2nya tak dapat calon suami kau dapat kwn.tapi igt azam nak kawin tahun ni juga k.
Em ini apa kesnya nak masuk citer eren n farid pulak.aku kalau ikutkan taknak kau tulis pasal mereka tapi naluri kita nak tulis juga.ya allah kau panjangkanlah kasih syg antara mereka,jadikan lah slhfhm yang berlaku ini adalah platform supaya mereka lebih memahami dan lebih menyayangi antara satu sama lain.tabahkan hati mereka menempuh dugaan hidup,kuatkan iman mereka dan lindungilah mereka selalu ya allah,ya rahman ya rahhim…aminnn
Assalammualaikum…wah! Lama benar da ko tak citer ngan aku da dekat 2 bulan ni…mesti banyak citer ko kan?hem apa citer……hem..eren dah balik cuti bersalin ye?baguslah biar dia berehat sambil anaknya eisya tu mesra2 dengan atok n nenek n makcik2 nya……so…ko apa citer dgn abg zali.apa!! ko pegi makan dengan angah n shafid..abang zali tak ikut ke?dah…biarlah ada hikmahnya sekurang2nya ko da berusaha…lagipun redho mayb allah ada yg lebih baik dr dia utk ko.so…..ko anta apa kat abg zali..last msg.almaklum dia nak cari org dekat..perak je la tu “em…walaupun org jauh kan ada ati n perasaan jgk nape mesti nak cr owg dekat je.hu..hu…sedihlah peluang semakin tipis.apa2pun smoga cepat2 jumpa owg dekat tu..yg dkt opis pun ada…jgn dilupakan.just a frenz pun takpe…syukur alhamdulillah.k good nite abg zali .bye..daaa”n paginya… “Asalam..selamat pagi.abg zali…blk kmpg ea?abg…sbnrnya ana yg slp..ntah mcamana la ana dpt rasakan yg abg pun sukakan ana.padahal ana yg perasan sndri…..m..1st time tau dlm hidup ana ngurat laki..taktaula mcmana bole jd berani n tak tau malu mcmni.walhal abg tak penah pun beri apa2 harapan..walaumacamanapun abg x leh mare ana sukakan abg.dan ana pun sedar cinta x bole dpaksa.ianya lahir dr ati yg tulus n ikhlas.ana surrender(berundur)so pasni abg jgnla takut dgn ana lg ye.juz a fren…t.care.oh mcmni msg ko bg pada abg zali…erm…oklah ko kena tabah jgn sedih2 ……erm…lagi 1 ko menumpang umah si farid….ermm
Assaalmmualaikum ana…
Lama tak dengar cerita dari ko…..aku tau bila ko runsing dan gelisah je baru ko nak citer kat aku…apa macam dgn kehidupan ko tu?
Biasalah kadang2 kita gembira kadang2 kita sedih…hidup kan macam roda yg berputar tak kira lah sama ada kita yang kayuh atau membonceng di belakang orang…mengapa aku yang terluka aku yang merana ,aku yg menahan seksa batin cinta ini,rimas2 aku rimas….akhirnya ko mula patah semangat untuk tackle abang zali tu kan?dah penat dah tak nak cuba lagi ke?cepatnya putus asa kata nak tunggu sampai bulan lima …apalah ko ni,tapi kalau aku ditempat ko pun aku faham mana tak nya orang dah tak suka takkan nak terhegeh2 lagi .ye tak?
Aku tau sekarang perasaan ko rasa macam diri ko tak tau malu ,tapi sekurang2nya ko dah mencuba tak dapat ok….cari yang lain plak,aku faham ko sekarang ni ingat nak kawen bukan kerana seksual atau pun nak menggatal tapi ko mahu ada kluarga yang bahagia dan anak2 yang ko nak corakkan dengan pelbagai warna.aku rasa abang zali tu kadang2 suka kat ko tapi kadang2 memang dia tak de naluri nak kawen,nak kata dia malu aku dah mulakan tapi dia tak pandai amik pluang yg ada.biarkan macam tu je..n lagi tunjuk ego aderlah…ntahlah .macam mana aku boleh nak kejar sangat abg zali tu,…walhal aku pun tak kenal dia dengan rapat ,jahat ke baik ke aku main larong je….dah nak giler agaknya ko ni,aku dan ko adalah orng yang sama tapi kita selalu berpikiran yg berbeza.thinking positif n negative.okay sekarang ko dah cuba menjauhkan diri dari abg zali tu kan,tapi aku fikir itu bukan jalan yang terbaik,.tapi ko boleh tahan kuat gak mana tak nya boleh slamba je bila jumpa abg zali tu padahal kalau dalam msg tu boleh pening seminggu abg zali tu,.dah lah ko pun cepat sangat nak declare org jadi pakwe atau suami relaks lah kawan2 je dulu,walaupun umur ko semakin meningkat tapi tak semestinya ko berlagak gaya seperti gelojoh nak kawen..tapi itulah aku pun harap sangat ko kawen dan merasai hidup seperti kakak,abang n sepupu2 ko,ko memng semakin bodoh ,ada ke patut bila ko dgr lina nak bertunang ko melalak macam nak runtuh pejabat pak pie ni,jodoh sume dah di aturkan oleh Allah s.w.t ko cari macam nak rak pun bukan dapat hah sampai sekarang tak juga berjaya.tapi ni pun ko baru nak berusaha sebelom ni wat tak endah sangat pasal jodoh hah! Kan lihatlah…….tapi apapun pasti ada hikmah disebalik sume yang allah tetapkan.dalam kepala hanya ada abg zali ….cintakah itu namaya tapi sebenarnya aku rasa bukan ,ini sume kerana ko nak kawen……tapi memang takde kah sekelumit pun dalam hati n fikiran abg zali tu untuk kau dan aku….entahlah kan…..ko tau aku rasa semakin hari ko dah semakin memalukan diri ko sendiri so …..bertenang jangan kelam kabut….oklah penat lah pk pasal cinta sekarang ko kawan je dgn sesapa….tak kiralah duda ke navi ke?tapi aku tau hati ko hanya nak abg zali walaupun ko tak cintakan dia ,ko hnya berharap dapat seorg yg boleh menjadi langit dan melindungi ko yang seperti bumi…itu je.tapi kenapa abg zali??? Mungkin kerana umurnya yang dah tua kot…sebab tu aku boleh nak dia,tapi dia tu perangai buruk gak…datang bulan macam pompuan?bolehkah kalau ko dapat dia ko cairkan hatinya…sedangkan sekarang ni nak kawan pun susah ,ego nya tinggi macam langit tapi menolak aku bukan nak melindungi aku….ntahlah…mengapa dio nak menjadi langit yang panas seperti kemarau….hem kemarau pun ada musim tak selalu…mungkinkah abg zali macam langit yang panas dan bumi kemarau……adalah aku…..mengapa tidak dia titiskan sedikit air hujan supaya aku merasai nikmat dan gembira….walaupun hanya untuk sehari….sempatkah aku…..semakin hari bukan tua yang aku rasa tapi saat aku akan pergi selamaya tanpa meninggalkan harta yang paling penting iaitu anak yang solehah…..dapatkah aku merasai nikmat sunnah rasulullah….memilik dan menjalani tanggungjawab sebagai ibu dan istri….ntahlah kadang aku merintih menangis sendiri..hidup aku kosong tak bererti….aku Cuma boleh berdoa agar Allah swt ampunkan dosa2 ku dan inikah balasan terhadap dosa2ku ,kalu ini dapat membersihkan aku dari dosa aku terima…..tapi aku tidak mahu terus hanyut dalam dosa yang merimaskan aku ini…ya allah berilah aku kesempatan menjadi istri yang solehah dan ibu yang mithali walau hanya ………….sekejap.

Assalammualaikum ww
Hai ana lama btul ko tak join aku ni….em apa citer terkini n terbaru ko sekarang…….dah mula ko kata no more kat abg zali kan?erm…baguslah kao kena sedar diri ko tu dah org tak nak jgn terhegeh2….erm..seronok ko kuar dgn shafid n angah aritu tgk TLDM?seronok…yelah baik ko kawan dgn org yg mahu berkawan dgn ko…..senang ati,gumbira n tak lah ko makan ati je….hem….tapi kao rasa shafid n angah mula jauhkan diri dari ko?yelah salah ko jugak sekarang ni kau korang nak jaga hubungan yg baik dgn allah swt/…tak mengaji asal solat yg wajib je…tgk tu ada kawan lupa allah tak de kawan pandai plak ko bertemu NYA.so hablumminallah dan habluminnanass…faham2 je la ye….aku dgr sekarang ni ko kawan je dgn sapa2…lantak je ye?apapon kena hati2 jgn main redah je….sok2 kau jugak yg susah……..erm…kau kawan dgn navy tu muda sangat pastu….memaksa,kawan dgn duda blom on btul2 lagi,nak kawan dgn si ramli…macam da berpunya je kan?em.latest kawan dgn amin budak kaymarine yang bulat sangat tu…mcam gelojoh nak kawen plak dia tu,menakutkan…..erm sorg budak chating ainuddin..ok la tapi asyik nak basuh je jadi yg baik mayb dia nak yg perfect walaupon dia ada bagi hint tapi bukan kau penah jumpa dia pon…juz khayalan…semata2.so abaikan je la ..membazir waktu dan masa…truskan pencarian kau aku sokong
Mmglah ko rasa macam ko no dah terlampau tercari2 sangat abistukalau tak usaha mana nak ada jodohnnya…org lain tak Bantu asyik tgk je…tapi kau jugak yg melalui nya..oh ! si adik haidir tu…em macam suka macam tak suka…ntahlah tapi aku tak sangka plak yg mak dia suka kat kau….kalau ko jd menantu dia suka je n sanggup lupakan kisah yg silam antara kakak ko dgn abg si dir tu.tapi payah la dir tu pemalu la plak..em tpon pon tak nak di angkatnya ,ntahlah…em faizal…mamat lama tu,kejap ada kejap takde apa yg ada dalam ati dia kau atau aku tak dapat mmbacanya….em dia mahu menjadi sahabat yg baik dgn aku atau kau ni..takpelah on je….banyak kawan luaslah pengalaman btol tak?hem yg terkini dgn ustaz yang mengajar bahasa arab .fuh yoo dah tua da ustaz tu….harap2 dia takde niat yang lebih2 dengan ko….kalau dia nak kenenkan dgn anak dia lain lah….ini rasa lain macam gak ni…padahal aku anggap dia mcm seorg bapak..tapi takde apalah aku je yg perasan……..tapi ntah knape dalam ati n otak aku hnya ada abg zali wat masa ni……..ntahlah rasa tak puas ati selagi abg zali tak ckp btol2 yang dia tak suka kat kau ni…kalau dia cakap aku rasa kau da bersedia utk menerima sebarang kemungkinan…em abg zali demand sangat mayb dia ingat aku nak dia sbb dia dah ada rumah…gaji bnyak agaknya ..yelah dari cara angah citer macam tu la maksudnya..kalau tak silap aku la…..padahal aku perlukan suami yang tua dari aku n akan datang rasa hormat aku padanya ..bukan nya budak2 atau yg sebaya dengan aku…harta bukan bawa kemana pon…em ada ke patut yg terbaru ni angah ada bgtau aku yang aku ni ,berlagak,sombong,kuat mengajuk,mengongkong …em aku pon tak sedar aku macam tu..tapi mungkin ada btolnya kot……sedarlah ana……selama ni aku hanya tau ckp abg zali macam tu tapi aku tak penah pk ati n perasaannya hanya pentingkan diri aku je….lagipon segala2 yang berlaku aku yg mulakan…berani buat berani tanggung lah…..so semasa aku buat aku dah tau risikonya samada abg zali suka jugak kat aku atau tak?masalah nya sekarang masih tergantung2 aku atau ko tak tau apa ada dalaam ati abg zali tu yang kita tahu semakin hari abg zali semakin menjauhkan diri dari aku n kau…seboleh2nya dia sembunyi dari pandangan mata kita ni….kalau boleh dia tu macam nak jadi org halimunan…aku kau jugak yg tak malu n macam takde apa2…sudahlah jangan ganggu abg zali lagi…….biarkan dia bernafas dgn tenang aman dan damai…..jgnlah ko sesakkan ati nafas minda nya lgi cukuplah ye ana…..k sampai sini dulu .bye
yang setia
07.05.07
aku

assalammualaikum
hai ana
em malam ni aku tau ko ada janji nak kuar p minum dgn abg zali kan
mana perginya “no more ko” tu.hhehe..sory bukan nak ktawekan tapi yelah..tak kuat pendirian la ko ni apa la…….hem..yela ko mula amik ati bila farid kata ko yg mengada2..tapi mmg pon .biarlah…tgk lah malam ni macamana kalau ok…truskan kalau tak…abaikan je,wat macam biasa takde apa2 tau….abg zali…..oklah tu dia gak yg mula ckap nak ajak p minum ke?hah bukan nya ko pon…..tapi kalau malam ni dia bawa angah maknanya dia mmg nak kawan2 biasa je dgn ko tu,…so tak yah la minta lebih2 tau.em amin…gemuknya dia…tapi cian gak kat dia…org gemuk takkan tak kawin kan…ntah la…..abg zali taknak aku trima je la amin tu…mudah2 allah berikan petunjuk dan hidayah siapa teman hidup sesuai untuk aku…..atau adik…?ntahlah…..nak kawen pon bukan mudah macam2 nak kena buat…aku pon tak tau la…rasanya pasni kawen je sapa2 masuk minang asal org bujang sama dgn aku on je la……ya allah temukan jodoh hambamu yang kerdil ni dgn lelaki yg sepadan dgn ku ya allah ,kabulkan lah doaku ini/…

8.05.08
yang setia
aku
assalammualaikum…
bertemu kembali seperti ada yang perlu utk ketemu…..erm….sekarang ko sudah lupa janji pada diri sendiri yang tak mahu cuba menganggu hati a.zali lagi….erm aritu ko pergi ke kfc seperti date yg telah dijanjikan .pada mulanya ko ingat a.zali tak jadi tapi hati ko percaya a.zali tak penah mungkir janji kalau dia dah kata…em malam tu ko anta msg Tanya dia dah tdo ke lom padahal ko nak ajak dia kuar..tapi alhamdulillah dia yg ajak ko dulu so tak la malu sangat…tapi yang jadi sleck tu dia bawa angah dan ko plak bawa shafid.apapun fair la..adil dan saksama…nampak gak muka dia berubah pasal ko bawa shafid tapi dia kata tak mare..so diamkan jela…..borak2 pon yg riuh aku shafid n angah je.apapun jahat gak ko ni puashati bila bawa shafid buat meneman..lagipon da memang ko rabun .bahaya malam2 bukan nak amik ko kat umah pon kan?takpelah…erm…malam tu ko pakai baju merah sama dengan a.zali..ada gak chemistry nya…Cuma dia da nampak aku bawa shafid walhal dalam masa yg sama pon angah bersembunyi,,,,,so apa ke hal yooob…hehe apapun seronok budak 2 org tu ada tak lah terbongek sangat…….a.zali banyak senyapkan diri……erm..balik tu aku anta msge dia tak balas pon…n soknya ko tepon dia kan?ajak kuar makan ko plak nak blanje dia kata dia nak tdo…sbb nak bangun kol 4 pagi…aku Tanya nak wat pe dia tak jawab pon sms ko….at last sok nya dapat tau dia kuar dgn shafid p makan kat luar..hish geramnya….bukan geram kat a.zali tapi diri kau ni tak paham2 org tak suka terhegeh2 lagi….hish sampaikan fad n sara dgr pon diaorg yg malu….nape tak de perasaan tol la ko ni….erm adik jugak dah senyap bila aku Tanya dia apa yang mak mi tnya kat dia yg dia senyap tak jawab…walaupun aku tau apa dia?iaitu dia Tanya suka ke tak kat ana mak boleh masuk minang tapi aku wat2 tak tau…ntahlah aku ni suka pada org yg tak suka kat aku..yang nak aku tak nak…..tapi akan sampai masanya ……aku akan membuat keputusan samaada trima je lamaran mak mi atau tggu a.zali..Haidir…si adik ni…orgnya lebih hensem dri abg zali,pendiam,pemalu,baik,tapi a.zali jugak di hati…camna nak buang a.zali dr ati ko ni….satu je satu kenyataan yg mana a.zali sendiri mengaku yg dia tak penah suka aku,rimas n meluat kat aku hah! Masa tu baru ko akan rasa tinggi atau rendahnya langit dan bumi ciptaan allah..arini a.zali amik fail kat opis baru…..dia ok je…macam takde perasaan pon,kau je yg berdebar2..tapi kata org tua kalau kita berdebar maknanya ada aura yg sama…tapi nampak gak a.zali malu2..hehe ntah2 bukan malu2 tapi takut dgn kau yg berperangai drastic ni…astaga ana mengucap k.jangan ….oklah sampai sini je dulu ngantuk sangat ni….tapi ni kat opis arini plak ada 3 org wat keje kat opis yg lengang selama beberapa arini hanya aku kau n leman je kat sini..bahaya!!!!! ada kang kena tangkap khalwat dgn leman.selisih..ya allah selamatkan lah aku..em bila nak kol 12:30 ni tak saba nak balik.erm sejak pindah opis baru ni bercinta je rasa nak p keje…bosan tggl dgn leman,takut dgn org2 indon,internet takde,telefon pon takde..macam2 rasa yang tak seronok..tapi kena la bersabo lagipon mak,mak mel,manja n angah nak datang ni yg tak sabo best nya..kalau lah mak bawa haikal sekali kan best..
Assalammualaikum….
Hai ana…harap ko sihat ye…nape ni? Ko mula berperangai lama ye….em nak wat camna da orang yang lahir bulan disember ni perangai mmg macam tu…..contoh nya farid nak tggu along pujuk baru dia ok….tapi nak wat camna lelaki mmg ego…..tapi cian eisya..harap2 si farid insaf dan tak melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa….erm….adat berumahtangga mayb ,memang macam tu ye…em anak da dua orang lain semua nak anak tapi yang ada anak tak mahu layan anak……time macam ni lah nak didik anak jadi pandai..penyayang dan baik agama dan dunianya.erm nak kata eren dan farid tu muda lagi masing da lama gak kawen…tapi mungkin proses perkahwinan macam tu…bosan mula dating apabila lama sangat bersama..abis tu takkan masing nak berjauhan plak?apalah aku sibuk sangat pasal diaorang hal aku lagi teruk belom pon bersama a.zali dah mula bosan..agaknya kalau kawen camna la agak nya…tu lah biarlah seorang tu datang dalam hidup aku kerana menyayangi aku bukan nya aku yang tergilakan dia…..tapi ada ke orang yang sayang aku ni?ntahlah…..ni cuti 2 ari tambah plak wesak day……dok umah along adik beradik n mentua along datang….sara n fad balik kampong so aku stay je kat umah apalagi bila bosan aku mula tak berfikir panjang n buat sesuatu yang menjadikan hubungan aku n abg zali semakin meruncing…..actualy dah berapa kali juga aku mengingatkan diri sendiri supaya jangan salahkan abg zali coz semua ni aku yang mula…tapi aku cuba berbaik dgn nya sebagaimana aku baik dengan shafid,angah,zul,azam.n lain2..tapi jawapan abg zali mengecewakan ku bilamana dia hanya menjawab “no komen:”..erm apalagi mula panas kurasakan begitu mudah dia menjawab sednagkan aku mencipta ayat untuk message kepadanya nya mengambil masa yang lama…aku tak puas hati n terus mendesak..n perbuatan aku itu sekali lagi membenarkan abang zali mengenali dan terus jugde aku sebagai seorang pompuan yang teruk…seperti yang angah penah bagitau aku seorang yang kuat cemburu,mengada2,kuat merajuk,ego dan sebagainya…..aku akui mungkin ada antara apa yang dia cakap aku tu betul ..tapi aku minta jasa baik dia untuk bagi aku satu peluang yang boleh membuatkan aku anggapnya sebagai rakan sekerja….bila2 madah2 yang aku hantar dia boleh wat lawak dengan mengatakan apa yang aku hantar tu puisi atau lirik lagu……mungkin sekali lagi dia menganggap aku jenis yang jiwang karat ..hahah lantaklah apa nak di kata…..bosan gak…aku hanya tau aku nak berhenti keje n suruh abg zali bertahan ckit hingga bulan ogos ni…dia memang suka aku pergi dari perak…agaknya barulah aman dirinya tu…dia kata termasuk aku ada 4 orang nak berhenti……nape gaji ciput ke?apalagi aku yang terrer menjawab pon menjawablah message dia tu dengan mengatakan “lain orang lain sebabnya..pada ana gaji beso je tapi tak bahgia…idup pon sendiri je..takde pasangan,xde kwn2.keje siang malam utk duit xde maknanya.mgkn abg zali tak fhm,kat cni manjung brulah ada masa utk diri ana.kalau dulu asyik keje,keje,keje.now masa untuk ana cari sesuatu yang berharga dunia dan akhirat.tapi kesilapan telah ana cipta sendiri.so ana nak cabut bukan kerana gaji ciput.tapi sebab takut mengganggu abg zali.mungkin itu jalan yang terbaik.sebab abg tak leh maafkan ana n terima ana macam kawan-kawan estech.akhirnya abg zali tak balas..aku tau abg zali memang jenis yang cool…kerana apabila dia marah akan menampakkan keburukkan diri dia sendiri aku juga sedar aku sendiri yang menunjuk kan sikap dan perangai buruk aku ni .baik2 orang tak tau jadi tau…..erm…lantaklah…sekarang tak tau apa yang dalam pikiran aku ni…..macam2 da pening sarat dengan soalan2 yang aku sendrri tak tahu nak menjawabnya…takp[elah yang penting aku dah citer kat ko n ko pon rasa aku ni tak malu ke?terhegeh2…em taklah aku senyap coz baca tulisan ko ni.lagipon ko saja yang mengenali aku..hanya ko n aku…itu je…jgnlah risau..kalau ko tergedik aku juga sama…..tapi aku rasa kita taklah teruk sangat….ok je…Cuma berusaha kan tangga kejayaan tapi stoplah ana tak perlu lagi ko usahakan semua ni…..redho je…ada hikmahnya sayang……k I luv u forever…..ok tq I luv u tooo
Yang setia
Aku
20/05/08

Assalammualaikum….hai..erm pe kabo ko na?harap baik2 saja walau selepas ko rasa ok je.janji 9:30 padahal aku sampai tadi saing dia dalam kol 8:30…so aku pon tggu kat opis sara dulu wat sementara waktu…em harini ko jumpa si zali tu ye..mana tak nya ko p cop untuk wat pas masuk boustead diam tak diam da dekat 7 bulan ko keje kat perak ni…alhamdulillah…opis baru ni sentiasa ada mamat n azam n leman kalau tak mungkin ko pun takut tinggal sorang kat opis ni…k tadi ko jatuh kat gate boustead ea?ciannya hehe kelako pon ada gak ni mana tak nya tejelepok kat depan a.zali plak tu tapi rasanya dia nampak tu manataknya abg navy 2 orang tu ckap dia ketawakan ko…hehe dahlah nasib baik kain tak koyak n jatuh pon cantik je…bersimpuh kat atas divider tu…hehe…erm jumpa plak si syed badrul shah yang ketua security tu tapi dia ok…baik sekali .terkeluar la kes yang aku kata da lama anta mohon pas tapi tak dapat lagi….kantoi rupanya a.zali tak anta lagi pic n boring aku..baru tadi dia anta….pastu en badrul tu ingat plak aku dtg dr johor naik kapal terbang…hehe lawaknya tapi best gak sesekali bergurau ni lagipon en badrul tak gatal…em…kisah abg zali plak nampak juga dia gabra bilamana dia amik surat dr aku n susun nak bagi en badrul asyik salah je…dah la aku dok tepi pintu tengok kan dia tadi hehe serba tak kena baru tau…padan muka..atau….dia risau aku dok dekat dgn en.badrul tu…hehe perasan lalu abg zali suruh aku masuk dalam dok kat kerusi …dah macam tu ok lagi…yang aku tak tahan bila surat tu ada salah tak tulis tetap kat nama usop abg zali bukan nak baking aku malah dia cakap kerani la buat,,,hish tak patut apapun en.badrul mmg baik tak kisah bila aku tulis pinjam pen dia….ok lah bab tu….ada ke patut dia suruh aku kawen je dgn leman …cepat2 abg zali ckp tu sepupu mana leh kawen..heh tau pon…..en.badrul siap suruh aku n leman tukar gambo lagi…..hehe menyanyi dalam hati ku ini…bestnya bila abg zali terkena ckit…tapi sebenarnya aku je yg lebih kot…sudahlah jgn nak over acting lagi tau…ok…sekarang buat macam kawan biasa je macam yang lain2 semua estech sama je ok!!!!! Faham tak sayang…………………..?alhamdulillah dah faham…teruskan hidup seolah2 sok akan jumpa laki yang lebih baik….erm kes haidir plak aku dah bagi no fon dia kat fadillah biarlah dia kawan kalau dah jodoh aku dgn sapa2 pon mmg tak ke mana….nampak nya fadillah suka ..baguih la…Cuma dir je tak tau lagi…biarlah lagipon fad tu tak de kurang nya pandai n baik,,,,harap2 mereka berkawan dengan baik tanpa ada rasa benci,…….ok sampai sini dulu ye….

Yang setia
Aku
22/05/08


Hai assalammualaikum …
Bertemu lagi kita ni…mana nak di pisah hanya ada ko dan aku je…syukurlah tu….erm…amacam aku dapat tau ko aritu pergi umah kawen abang kepada abg zamari….padahal malam tu dah letih sangat almaklum baru balik dari kedah pergi keje kawen umah mak angkat epol…alhamdulillah baik2 keluarga angkat epol tu…..seronok n happy rasanya…balik je dari kedah mona yang bawa keta sebab aku da bawa masa pergi sorang je sampai kedah tau…erm…esoknya mak balik..mak pula memang da tak sabo2 nak balik lagipon bila mak berjalan ada je jadi syahmi masuk hospital demam panas tak baik2…yan pula keguguran….tapi semua ni ada hikmahnya…nak wat camna kan?semua ni dating nya dari allah s.w.t so kena trima dgn redho…..alhamdulillah…erm pastu hari ahadnya plak aku ikut mak mel n pak pie p keje kawen umah abg zamari tu kat lenggong…ada lah 4 buah keta gak yang pergi…mamat n fmly,norazam n family…aku,satu keta dgn mak mel,pak pie n manja…tetiba shafid pon naik sekali dgn kami….mulanya pak pie yang start suruh aku naik keta abg zali…bukannya aku tak nak tapi aku da hantar message dgn abg zali Tanya nak naik dengan dia …lepastu dia tak balas pun…malu ler….abg zali bawa zul,n leman.erm lepas keje kawen kami semua trus ke air terjun lata kekabu…sejuknya air kat situ…oklah nasib baik manja ada so tak lah bengang sangat tapi kalau ada along lagi best tau….amy n kak amy istri azam pon ok gak…baik orang nya Cuma aku je tak nak join sangat biarlah antara kami biasa2 sahaja..takut nak rapat sangat nanti ada kes umpat mengumpat ni….tak syokler…abg zali!!! Hehe tak sangka aku p skali sebab aku pun tak sangka ada plan macam tu…dah malam ahad tu aku sakat dia cakap abang aku kimsalam …dia jawab nape tak kim nasi ke?biskut ke?buah ke?kimsalam je…hehe aku apa lagijawablah..abg kata kalau jadi ipa bagi pokok buah skali pun boleh hehe gurau je..em abg ana tau ana je yang suka kat abg zali tapi abg zali tak suka kat ana..oklah peningla nak tdo…bye.erm …kat air terjun…abg zali tak de tegur aku walau skalipon …..tengok pon curi2 je..hehe aku pon sama gak nak cakap dia je..aku borak2 banyak dgn shafid tu…shafid plak sibuk mengayat si manja….ntahlah…abg zali kan dia ada amik gambo..macam amik gambo ko..tapi tak tau lah…pastu dia pon segan kot nak mandi…ckit2 je abg zali mandi….cepat dah salin pakaian….si zul pon sibuk nak manja2 dgn aku…suruh jaga tuala la..hehe takpelah seronok gak bila ramai baik2 ni…aku pon memang anggap budak2 tu da macam adik sendiri……itu je la citer tak de lah yang best sangat…tamat

3hb jun 2008
yang setia
aku

Emr Assalammualaikum…sejak balik dari lenggong nampaknya ko semakin rajin sms abg zali walaupun macam tak dilayan tapi ada respon yang positif bila dia selalu balas…sekarang ni pekerja estech sibuk wat keje PV3..macam2 berlaku..dengan mood yang buruk…erm abis si farid kena mare….tak tau sapa silap aku tak campur tangan…aku wat macam biasa hari2 lepas jam 10 malam mesti aku hantar message kat abg zali wish good nite..tapi ada skali tu dia jawan macam orang indon…dah tu panggilan aku jadi OM..lantaklah asalkan dia bahagia macam tu…agaknya abg zali penah putus cinta dengan awek Indonesia tak?hehe mereka manusia jugak..lagi jambu2 dari org Malaysia..kuat makan jamu dong..hehe..ada ke dia ucap kat aku untuk hari esok dan lusa sekali selamat malam tu…aku pulak cepat sgt melatah terus balas ucap good nite untuk setahun terus…hehe dia wat lawak lagi good nite,morning,evening every day,ducth lady…tu tgh nangis la tu hahaa…..aku plak balas sukalah tu sakitkan ati owg…..erm lagi menyakitkan hati dia reply semula suka banyak dah banjir ke.nak panggil bomba ni.hahaa…malas aku nak balas lagi.tapi ko memang degil terus je hantar sms lagi kat kambing tu….dah balik ke?sok OT ke?dia jawab erm lom lagi..tak keje nape nak tolong ke…….aku reply…erm k lah tak nak kaco tgh keje..nak tolong apa?toong tgk je bolelah..erm abg zali kalau dah balik n free bagtau ye..ana nak Tanya sesuatu la..k bye.hem haram abg zali tak balas..lastly aku message lagi..k dah tdo ea takpelah lainkali je Tanya.bye…esoknya aku n sara dok umah je…sara plak bawa balik lap top so layan blues la kitaorg tgk cerita2 melayu..Diva,anak halal,renjis n lain2 sampai pening kepala asyik tgk citer je dahlah laptop sara tu kelabu asap…..erm…tetiba datang la satu sms dari si kambing….em..nak Tanya apa semalam?tentu tak dapat tdo kan?selagi tak bgtau.1 soalan je utk 1 ari.kalau nak Tanya gak kena tggu sok hahahaa…aku punya soalan yang power..hehe padan muka abg zali…nyampah demand sangat…erm betol ke abg zali memg taknak kawen sampai bila2?kahkahkahkah ingatkan soalan apa td.itu je yang nak ditanya.nak smbg gelak..kahkahkah..gelak je tau mana jawapanya..betul ke abg zali memg tak de perasaan ke?senyap………..hidup ni susah kite nk duga .kdg2 kte rasa dkt sgt dgn sesorg 2,tapi sbenarnya jauh,….walaupun kte dapat capai n genggam tgn dia,tp blom tentu ati dia kita dpt selami.mgkin kita dapat buat dia ketawa tapi kita tak tau apa makna senyumannya..kte sukakan dia..walhal kehadiran kite langsung tak desenanginya…em ni namanya perasaan..em lambatnya tggu esok..ana nak Tanya soalan lagi ni.esoknya….hai?erm selamat malam..lor tdo je…nak tanya lagi ni..abg zali penah bercinta?kalau tak balas tak penah bercinta langsung k….ohh ni kira soalan utk arini eeh.baru baca pon dah tak tau apa makna ayat ni.mcm takde makna langsung ayat ni.nak kata mencabar pun tak gak..ntah apa2 ntah.ehee.so kira penah la ye…sbb abg zali balas.em ayat cinta ni tak de makna!mcm frust je..takpelah lupakan kisah lalu..ana kan ada..hehe gurau je.bye..erm abg zali kalau free bgtau ye..ana nak blanje abg zali makn plak..erm ajak semua kawan estech ye dah namanya belanje…taknak ana nak ajak abg zali sorg je..budak2 estech biarlah bos yang blanje..erm takpelah kalau abg zali tak sudi..ana pun tak paksa..its ok Cuma terkilan je ckit..yelah dulu masa birthday ana abg zali blanje makan..tu la ana dah niat nak blanje abg zali pula..siap dah tlis kad lagi..ni da 8 ari birthday abg zali lepas..takpelah nanti kad tu ana wat pekasam je.buat bubur lagi sedap dr pekasam..takpelah nanti saya anta wakil…ye la main2 la..takpelah ana taknak wakil ana nak abg zali..kalau kuar dgn angah ke wat pe..bila2 masa leh ajak.dah la lupakan je la .tak balas pun takpe.bye…………..selang 3 jam….maaflah ana pun takde sbb nak jadi ngada2 macam ni nanti abg zali judge ana kuat merajuk lagi…tapi abg zali tu nak kwn pun susah nak Tanya pun kena catu em..sedih tau.soknya lagi…abg zali da balik..erm taknak la Tanya lagi bukan nya abg zali jawab pon..apakata abg zali plak Tanya ana….2x2 = ?..ntah lah tak hafal sifir…..nyampah! ok soalan seterusnya……ikan bole makan x? kalau dapat jawab nak bagi apa? Bagi tulang ikan…abg zali jahat..ana tak nak tulang ikan..nak lain….bagilah tulang rusuk ke?untuk ddampingi..kalau nak tau perempuan dulu kisah dr hawa yang di cipta dr tulang rusuk adam.sbb tu la pompuan dan lelaki saling memerlukan.em nape abg zali tak mau buka pintu ati utk menerima..walaupun bukan dgn ana tp dgn pompuan lain.almaklum ana mana lah abg zali nak…rugi tau tak smbt seruan nabi Muhammad bagaikan mendirikan sebuah rumah allah.k la tdo le.bye.soknya lagi…hai da blek?balik2 tanya soalan 5 tahun sudah.tnyalah tgh makan angin kat Cameron ke?..sejuk x kat sana ke…br la soalan namaya…Tanya laa lagi..yelah kalau ana Tanya bukannya abg zali jawab ..yelah nanti bg tulang ikan plak.apa lg?tu perli x dpt p Cameron ke?em diluar bidang kuasala..mana soalan.td tu jawapan je..erm abg zali benci dan tak suka ana ke?kalo tak balas tu btol la kan?..jwpn da bg 10 tahun dulu.tamat kisah aku dan zali..erm nak balas lagi kedit da abis….hem ari jumat ni aku balik jb…sabtu ada anniversary perkahwinan mak yah n pakcik zakaria…ahad plak anak sedara aku wat akikah..hehe bestnya kemungkinan beso aku balik ari ahad..saing along ,eisya,anis and angah so gilir2 la bawa keta nanti……duit tambang mana nak cekup ek…ntahlah……klah sampai sini dulu penat dah ni nak terkencing pon ada ni….erm abg zali……whatever
Yang setia aku
12/06/08

Assalammualaikum….ana rasa geram bila abg zali jual mahal tapi ana suka sgt kat abg zali,ana rasa mnyampah bila abg asyik larikan diri dr ana..tak mahu jumpa ana,tak nak lht ana.tapi ana rasa rindu sgt kat abg zali,ana rasa benci bila abg zali tak layan ana dgn baik,asyik marah je dan suka bila ana tgh sedih tapi ana rasa syg sgt kat abg zali.gila kan?dah tau tak dlyn,tak di suka tak nak lihat tapi ana masih cuba juga kan?ana nak tggu sampai abg zali marah n terusterang baru ana berhenti dr terus mencuba…tapi abg zali tak de respon apa2 pon…biarlah jgn diganggu lagi dia tu…ya allah ddapatlah aku lupakan dia dan menerima lelaki lain dlm idup aku…sekarang baru ku tahu memang benar selama ini org kata cinta itu buta…..gila dan perasaannya bisa membuat org jatuh sakit…apakah benar ini yang sedang ku rasa.padahal aku juga yang memulakan segala…sejak awal aku telah bersedia utk menanggung risiko tapi LIHAT!!! Tiba masanya aku jadi tak menentu ,malu ,geram,sedih semuanya bercampur aduk……inilah namanya cinta di akhir garisan sudah tahu ianya patut dihentikan tapi cuba gak nak lari ke ahkir garisan…sampai bila??? Sampai ketemu orang yang boleh menerima diri,perangai keburukan n kebaikan ko semua ah sekali……hem….penat,letih,malu,gila semua sedang berkecamuk dalam diri,otak,anggota n lain2 pada diri aku ni…..sapai kan kadang2 aku lupa aku semakin tua…tapi kadang2 pula aku teringat aku dah semakin tua..apakah agaknya masa depan ku nanti…..waallahu ‘alam…k la nak relax kan otak ni…semalam pening gila…..bye

21/06/2008
Yang setia
Aku n kau

Assalammualaikum..ana….terimalah hakikat yang mana abg zali memang tak suka kau…aku rasa puas dah dia menunjukkan msg yang terang supaya kau sedar yg dia memg tak perlukan kau.abg zali dah selesa dgn hidupnya sekarang ..kehadiran kau membuatkan dia rasa rimas ana.hem…dia juga sudah mula kutuk kau jika dulu kau hanya pinta dia mare n berterus terang yang dia tak berminat pada kau…..ana…usahlah kau dambakan lagi sekeping hati yang penuh perasaan cinta yang berbunga2 dari abg zali..hentika semua ni…hentikan nya ana…abg zali sudah bagi reason yang tepat bila dia mengaitkan diri kau deng Bong….nampaknya kisah bong sudah dating semula.aku tak faham nape bong masih tak sedar diri tapi aku percaya kau faham macamana bong punya perangai yang asyik gilakan ko begitu jugalah perangai kau yang gilakan abg zali….sudah nya kau takut pada bong..mungkin itu juga yang dirasai oleh abg zali…..ana…..sudah ye…tak perlukan teruskan lagi….sekarang da masuk bulan 7 ana…dulu ana kan nak stop bulan 5…insyaallah akan ada jodoh ana nanti…sabarlah.aku tau kau tak mampu untuk berhadapan dgn abg zali lagi kan…malu yang kepalang sangat tapi untuk apa dia nak menunjukkan dirinya pada diri kau lagi.puaskah hatinya bila dia nak tengok bagaimana reaksi diri aku bila semua ni berlaku…kau pula dah lepas mengatakan yang kau benci pd abg zali…..bencikah yang kau rasa itu??? Sudahlah cukuplah yer…..sampai sini dulu …lainkali kita story lagi ye sayangggg

Yang setia
Aku
05/07/2008
Assalammualaikum….
Hai…sedih je nampak….
16/07/08
Aku
Assalammualaikum…wah! Da lama ko tak menulis di sini…da dekat 5 bulan….erm 2 bulan ko cuti wat kuih tu aku faham la….tapi lagi 3 bulan tu ko tak ingat langsung kat aku ye…..erm..apa cite sekarang ni?macam biasa je….iksh2 mesti ada sesuatu yang luar biasa ni kan?