Thursday, May 7, 2009

Tiga tahap hati
SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya. Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan. Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan. Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan.
Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya: "Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah. Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah.
Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya. Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu. Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.
Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan

Friday, March 13, 2009

salam.........

Wednesday, March 4, 2009

salam.....erm da lama cahaya tak berkesempatan meluahkan rasa kat sini....erm sebelum bercerita dengan lebih lanjut cahaya nak bagitau harini cahaya balik kekampung halaman erm..tak sabo rasanya....bak kata org ujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri lebih baik lagi di tempat sendiri......cahay sebenarnya tak de la cerita yang gempak pun....cuma ada gak rasa sedih bila nak berpisah dgn 2 housemate yang cun melecun tu...hehe,cun ke??? oklah harap mereka juga selamat pulang kekampung halaman dan kembali ke manjung dengan selamat....jb tunggu kepulangan aku....hehe

Friday, January 23, 2009

PASIR & OMBAK



Gadis : Awak dah berubah kan? Tak macam dulu…

Jejaka : Lebih baik daripada awak yang tak berubah….

Maka ’sekali air bah, sekali pasir berubah’ menjadi hukuman yang dikenakan ke atas jejaka dan gadis.

Kata gadis, jejaka umpama pasir. Berubah-ubah. Memeningkan.

Jejaka diam. Katanya gadis umpama ombak. Tak berubah. Memukul pasir tanpa belas.
Gadis pula senyap. Wajahnya kelam. Dia berlalu. Meninggalkan tapak-tapak kakinya, di dada pasir.

Jejaka hanya memandang. Kemudian menjerit kepada gadis ;
Sekurang-kurangnya gadis, kau harus bersyukur. pasir sanggup berubah kerana mengikut alunan ombak yang kadangkala lembut dan kadangkala menggila
.

Pasir terpaksa. Ombak memaksa.
Tapi kedua-duanya ciptaan Tuhan dan saling melengkapi.
Itu yang jejaka dan gadis tidak sedari.

HATI & REALITI

Alangkah indahnya jika tatkala hati sudah terpikat, tiada halangan yang menuntut sebarang pengorbanan, semuanya umpama belayar di air yang tenang menuju ke muara. Mereka yang bercinta mengharapkan antara kau dan dia umpama sirih pulang ke gagang, bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Cerita hati bukan kisah yang ditulis mengikut plot yang pra-dipersetujui; cerita hati berkembang mengikut naluri; jatuhnya hati tanpa sebarang amaran, pengakhiran ceritanya tiada siapa yang tahu walaupun si empunya hati itu sendiri.
Bukan mudah untuk memilih antara hati dan realiti, satu mengasyikkan dan satu lagi menyedarkan. Jika konflik hati dan realiti mendampingi, kuatkah diriKu untuk menanganinya?

Thursday, January 22, 2009



Inilah kenangan zaman jual biskut raya......hehe untung giler




Kenangan cahaya kat Perlis....dah penah p tau